Wednesday 25 May 2011

FENOMENA cuaca panas


Ramai yang mengeluh dek kerana cuaca yang agak panas akhir-akhir ini.
Kepada rakan-rakan semua termasuk lah saya..banyakkan minum air dan semoga kita tabah hadapi ujian ini.

Info :
Keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini."Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,"

Tuesday 24 May 2011

COUPLE IS TROUBLE, SINGLE IS SIMPLE

haha.....saja jer.....

TUesdaY~No idea mok update my blog...

Haha...masih lam mode kerja..pikirlh sendiri..haha

CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI

Masa hangat bercinta semuanya terasa begitu indah sekali kan? Tapi bila cinta telah ternoktah atau berakhir episodnya. Maka bermula episod duka baru dalam hidup. Paling nyata akan terkeluar perasaan menyesal atas segalanya. 
Jarang kita dengar orang yang bersyukur apabila ditakdirkan perpisahan itu berlaku. Tetap terasa bahagia walaupun berpisah. Tapi pernah tak sedetik kita berfikir. Bahawa terdapat seribu hikmah perpisahan?? Mungkin hikmah perpisahan ini makin mendewasakan kita? Mungkin juga perpisahan ni bakal menemukan kita dengan cinta yang lebih indah?
Rasanya tak perlu kita rasa menyesal atau terlalu bersedih di atas perpisahan yang berlaku. Kerana cinta yang sejati tak semestinya memiliki. Sekadar melihat si dia yang pernah kita sayangi berbahagia juga mampu membuat kita gembira. Dan kita juga perlu berusaha mencari kebahagiaan milik diri kita sendiri. Tak perlu ada hasad dengki atau mendoakan si dia menderita, tak bahagia atau semua yang buruk. Segala perasaan benci, berdendam hanya membuatkan hati kita tidak tenang.
Jalan terbaik lepaskanlah si dia dengan ikhlas. Jika benar sudah termaktub di loh mahfuz bahawa jodohmu dengan si dia. Walau ke hujung dunia sekalipun, akan ketemu jua. Tapi kalau sudah bukan jodoh berdua, usaha sekeras mana pun takkkan berhasil. So, cubalah melihat ke hadapan. Kerana kadang2 pabila kita terlampau mengejar bahagia yang tak mungkin kita gapai. Sehingga kita tak terlihat kebahagiaan yang sudah lama berada di depan mata.

Monday 23 May 2011

Sunday 22 May 2011

~Mutiara Kata~

Hiduplah Sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya

I’m Single I’m Very Happy

Aku baik baik saja 
menikmati hidup yang aku punya
hidupku sangat sempurna
I’m single and very happy
Mengejar mimpi mimpi indah
Bebas lakukan yang aku suka
Berteman dengan siapa saja
I’m single and very happy

ADA MASA LELAKI INGIN SENDIRI

Sering mendengar utk mcari keserasian antara pasangan, mestilah saling faham memahami, sentiasa meluangkan masa bersama pasangan dan sebagainya....ada kajian membuat mendapati pasangan yg tidak serasi ialah mereka yg tidak meluangkan banyak masa berdua. Mereka kurang berkomunikasi, kurang bermesra dan sebagainya.

Namun, Kadangkala pasangan tidak kira lelaki atau perempuan memerlukan ruang untuk kehidupan sendiri. Maksudnya mereka memerlukan masa utk diri sendiri.

Salah Siapa Sering DiTanya

Dalam dunia percintaan ini kita sering menyalahkn antara satu sama lain....apakah ia perlu utk sesebuah dlm perhubungan......bagi aku, banyak yg tak baik utk dlm hal yg semacm nie......sorang salah sorang..siapa yg bersalah sbnrnya....tanpa mengkaji impaks dr hal yg sebenarnya......last2...diri yg merana....